Sulit
3 tahun
Potong rambut masalah kutu
Adakah kesan kutu potong rambut Dan membuat pencegahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, membotakkan rambut akan membuang semua telur kutu. Namun, memotong rambut dengan pendek sahaja tidak akan menyelesaikan masalah ini. Terdapat pelbagai ubat kutu yang boleh didapati di farmasi untuk membunuh kutu dan telurnya.
Langkah pertama yang boleh anda cuba adalah dengan menyikat rambut anda semasa rambut anda masih basah. Anda boleh membeli sejenis sikat khas untuk membasmi kutu di klinik atau farmasi. Selepas itu, anda perlu membasuh rambut anda sepenuhnya dengan menggunakan syampu biasa. Tanpa mengeringkan rambut anda, gunakan sikat khas tersebut untuk mengeluarkan kutu dan telur-telur kutu daripada rambut anda. Pastikan anda menyikat rambut anda dari pangkal hingga ke hujung rambut anda. Proses ini harus diulangi pada hari ke-5, ke-9 dan ke-13 dan ke-17. Jika kaedah sikatan rambut tidak berkesan, syampu atau losyen yang mengandungi bahan semula jadi seperti dimethicone, minyak tea tree atau minyak kayu putih boleh digunakan untuk membasmi kutu. Penggunaan syampu tersebut harus diulangi selepas 7 hari untuk membasmi kutu dengan sepenuhnya.
Langkah pencegahan kutu yang boleh diambil adalah seperti:
- Elakkan kontak kepala-kepala dengan mereka yang berkutu
- Elakkan berkongsi aksesori seperti tudung, topi, selendang, atau kot.
- Elakkan berkongsi sikat dan tuala
- Elakkan baring di atas tilam, sofa, bantal, permaidani atau patung yang dimiliki individu yang mempunyai kutu rambut.
- Cuci semua pakaian dan cadar yang dijangkiti kutu dengan air panas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.