
Sulit
5 tahun
Pre - ejaculation meaning
Saya nk tanya. Adakah pre - ejaculation boleh menyebabkan perempuan mengandung?

5 tahun
Selamat sejahtera. Pra ejakulasi atau ejakulasi pra-matang bermaksud zakar mengeluarkan air mani atau semen pada awal waktu aktiviti seksual sebelum zakar belum menegang sepenuhnya. Jika hanya semen yang keluar tidak akan mengakibatkan wanita mengandung tetapi selalunya ia tetap bercampur dengan air mani dan boleh mengakibatkan kehamilan pada wanita jika tiada sebarang perlindungan seperti kondom digunakan. Antara punca pra-ejakulasi ialah:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.