
Sulit
4 tahun
Pregnancy and dermaroller
hi doctor, saya baru dpt tahu saya positive pregnant. saya cuma nak kepastian, if saya teruskan menggunakan dermaroller utk muka saya. adakah ia ada effect apa2? terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, penggunaan Dermaroller setakat ini tidak memberi kesan yang negatif kepada kehamilan anda. Penggunaan dermaroller hanya tidak dibenarkan jika seseorang itu mengalami:
- Jerawat aktif
- Jangkitan Herpes labialis
- Jangkitan virus ketuat
- Penyakit darah
- Ketika dalam rawatan anti-coagulant
- Kulit bengkak
- Ekzema
- Penumbuhan keloid pada kulit (seperti kesan pembedahan caesarian section C-Sec)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.