
Sulit
4 tahun
Pregnancy test - Anemia New
hello doktor slmt tghari , terima kasih doktor mengenai jawapan sblm ini yang doktor tlah menjawab soalan sy . kalau doktor lupa boleh refer soalan sy sblm ini . so skg sy nk tnye kt sni , based on doktor ckp isteri saya tidak pregnant walaupun pregnancy test menujukkan +ve sbb baru gugur beberapa minggu lepas & kami tidak mmbt hbungan intim shingga kini, akan tetapi pihak farmasi baru2 ini contact yang isteri saya betul2 +ve preg , saya agak keliru ketika ini sbb kami tidak mahu lg anak bt masa ini, jadi betul ke apa dngn apa yang pihak farmasi ckp or isteri saya betul2 tak pregnant ya? kalau tidak tolong beritahu secepat mngkin doktor , kalau ya apa patut saya lakukan ? macam mana nk pastikan dlm perut itu mmg ada baby? dan ada efek ke kalau keguguran kali ke 2 ? tqvm doktor … ni soalan saya sblm ini utk references… [Assalammualaikum doktor , sy nk tnya sedikit mengenai isteri saya . pada awalnya isteri saya mengandung tp kandungan dalam tu tidak bernyawa lg dan kami gugurkan sbb tidak ready lagi utk ada anak masa 29/8 lepas . jadi persoalannya saya di sini , selepas kejadian itu kami tidak melalukan hubungan intim sehingga kini . akan tetapi 3 hari lepas isteri saya period dlm 2 hari … dalam malam keesokkan nya isteri saya mula muntah2 mcm mengandung dulu . dan bila test pregnancy test smlm , utp menujukkan double line . So, saya pelik how come my wife boleh pregnant lg tnpa mlakukan hubungan intim dan saya lupa nk beritahu yang isteri saya ada penyakit anemia … mohon doktor beri penjelasan apa patut lakukan dan mengapa ianya terjadi? terima kasih doktor]

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas dan sebelum ini, kemungkinan ujian kehamilan UPT yang isteri anda lakukan adalah keputusan false negatif yang boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Kehamilan ektopik
- Alat UPT yang telah tamat tempoh (Expired)
- Penggunaan ubat kesuburuan yang mengandungi HCG
- Terdapat sisa hormon HCG yang masih terkandung dalam darah selepas keguguran atau selepas beranak yang akan menunjukkan keputusan positif pada ujian UPT.
Untuk makluman anda, kehamilan tidak boleh berlaku tanpa melakukan hubungan seks. Kemungkinan masih terdapat hormon HCG yang terkandung dalam darah dan ia akan ditapis oleh buah pinggang dan dikeluarkan melalui air kencing. Hormon HCG ini dirembeskan oleh plasenta dan janin ketika kehamilan dan menurut dari kes isteri anda, kemungkinan keguguran yang dihadapi sebelum ini adalah tidak lengkap, bermaksud terdapat sisa plasenta atau janin yang masih melekat pada rahim. Ini lebih dikenali sebagai Incomplete abortion.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk mengenalpasti lebih lanjut, anda boleh membawa isteri anda ke hospital yang berdekatan untuk menjalani ujian kehamilan yang lain selain UPT yang dilakukan di rumah. Sila berjumpa dengan doktor pakar sakit puan yang berdekatan bagi menerima nasihat dan cadangan mengenai masalah yang isteri anda hadapi. Ujian kehamilan lain adalah termasuk siasatan pengimejan dan juga ujian kehamilan melalui darah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.