
Sulit
4 tahun
Pregnancy test double line tapi datang haid
hi/salam,saya umur 20tahun,saya nak tnya, haritu saya datang haid lewat, lewat 3 hari, lepastu saya check la pregnancy test, double line, saya check 2 pregnancy test, dua2 tunjuk double line tapi satu line samar, satu lagi dh pekat sikit yg second test tu, then after 3 hari tu saya dtg haid, lepastu hbis haid tu, saya check balik pregnancy test, dia dh 1 line balik, so adakah saya pregnant atau apa yaa? boleh explain tak? sbb saya confius lah saya pregnant atau tak. thanks.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
- Kanser ovari
Namun begitu, kit ujian kehamilan juga boleh menyebabkan bacaan false positive di mana kit menunjukkan double line atau positif tetapi anda tidak hamil. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan puncanya dapat diketahui
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.