
Anonymous
5 tahun
Pregnancy test kabur
Saya wnita umur 27 thun… Saya baru keguguran 29/6… Saya berpntg 2mggu… Lepas berpntg sye ade bersame dgn suami… Dan skrg sye rse xsedp bdn… Mual2 mnth xselere mkn… Sye try beli pregnancy test dan keputusn yer kabur… Saya keliru… Saya mengndung ke??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, wanita hamil atau baru kelahiran anak atau yang baru mengalami keguguran mempunyai tahap hormon estrogen dan progesteron yang tinggi atau tidak stabil dalam badan. Oleh itu, anda mungkin mengalami kesan sampingan keguguran yang mimik kehamilan. Antara penyebab pregnancy test line kabur adalah:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan.
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan .
- Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- ‘Chemical pregnancy’.
- Ubatan.
Maklumat lanjut seperti kitaran haid puan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.