
Sulit
3 tahun
Pregnancy test mengelirukan
hi. sy berumur 29tahun. sy da lewat 2 bulan haid. last haid sy 21/4. sy buat ujian upt. 1st sy tengok -ve. 2nd sy buat semalam pun -ve. harini sy saja tengok upt semalam, tengok naik double line. line kedua tu kabur. result upt bole berubah ke ? sy confuse. tqq in advanced

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan UPT anda menjadi seperti berikut, antaranya ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Penggunaan teknik yang salah
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
Ujian kehamilan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 minggu selepas lewat datang haid dan disarankan untuk dilakukan pada waktu pagi.
Sila klik pada link ini (Ujian kehamilan) untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.