
Sulit
4 tahun
Pregnancy test negative
Hai, saya berusia 22tahun. Sorang ibu kepada kembar. Period saya datang 27 hari , ya memang panjang. Oleh sebab itu saya nak jumpa doc. 1-9 Hari darah period saya Masih okay. Hari ke -10 hingga 27 darah bertukar kepada warna merah darah biasa bkn warna darah period. Saya Ada rasa sakit belakang,pening, mual.
Hari ni saya jumpa doc. Saya check UPT negative tapi dalam Rahim saya Ada kantung. Doc cakap mengikut kantung tu saya mengandung 4w6d . Tapi keliru sebab UPT negative.
Persoalannya saya mengandung atau tak?
Terima kasih doc sebab meluangkan masa untuk membaca soalan saya.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang potensi kehamilan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound yang lazimnya lebih tepat berbanding UPT. Umumnya, UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.