Anonymous
4 tahun
Pregnant 9minggu ada keluar spotting warna coklat
Hi , saya pregnant 9minggu . Saya dapati saya ada spotting bewarna coklat . Pernah ke clinic , doc bagi ubat insert selepas itu dah tak keluar . Now keluar lagi , tetapi tidak berbau .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, spotting berwarna coklat pada kehamilan awal ( Trimester pertama ) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sebarang jangkitan pada bahagian serviks (pangkal rahim), vagina, atau jangkitan STD
- Kehamilan luar rahim atau kehamilan ektopik
- pendarahan sekeliling plasenta
- Keguguran
Namun untuk kes puan, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.