
apihhamat37
4 tahun
Pregnant atau tak pregnant
Salam,saya berusia 28thn…mempunyai 2 anak…sekarang saya tengah mengandung anak ke 3…yang jd tanda tanya sekarang,saya sekarang mengandung tapi msih blm nampak kantung,tp cek upt positif,dan saya sekarang ada keluar darah,x banyak tp mcm darah period,saya dah ke hospital,doctor scan x nampak kantung tp cek upt positif jd saya dimasukkan ke hospital kerana disyak pregnant luar rahim,tp keesokan hari bile pakar jumpa saya dibenarkan balik sbb saya x ada sakit ape2 cuma keluar darah,dan doktor ada ambk darah,saya x ingt untuk ape doctor ambik darah tu,yg saya dgr doktor cakap,result saya rendah…jd doctor bagi saya tarikh 2minggu lagi datang scan…saya tanya untuk kepastian doktor,adakah sy mengandung atau gugur tp doctor kate saya mengandung tapi mungkin kandungan x menjadi,macam mne tu doktor?blh doktor jelaskan x?sebab sekarang saya ada keluar darah lg tp x ada rasa sakit ape2…adakah kandungan saya ni ok?atau tanda2 kandungan luar rahim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kandungan luar rahim
- Kandungan pada peringkat awal; kadang kala hal ini terlepas pandang dan sukar untuk dilihat melalui ujian ultrasound
- Keguguran
Namun begitu, sukar untuk kami mengatakan sama ada anda hamil ataupun tidak kerana lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu diperiksa oleh doktor supaya kesimpulan atau punca masalah anda dapat dicari.
Kami kurang pasti dengan “kandungan tidak menjadi” yang dikatakan oleh doktor yang melihat anda. Ia mungkin bermaksud keguguran telah berlaku ataupun implantasi produk persenyawaan tidak berlaku pada rahim. Namun begitu, pengesahan berkenaan kenyataan tersebut perlulah diketahui dan anda boleh bertanya kepada doktor yang melihat dan merawat anda pada masa tersebut.
Berikut merupakan antara sebab kit ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif atau garis dua (double line):
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai situasi yang dialami oleh anda. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa semula dengan doktor tersebut dan berbincang dengannya mengenai masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.