
Sulit
5 tahun
Pregnant atau tak? saya keliru mengandung atau tak
saya test positif, pergi ke klinik disahkan positif tapi doktor cakap masih awal tak nampak lagi kantung. kali kedua pergi klinik negetif dan ada spotting darah, hari kedua darah seperti datang bulan. saya keliru mengandung atau tak?? saya masih ragu ragu nak test lagi tkt hampa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) dalm bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, apabila perdarahan yang terjadi adalah agak banyak, ia boleh terdiri atas:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.