
Sulit
4 tahun
Pregnant test line kabur
Saya wanita 20 an… Sy Cuba pregnant test sbb da lambat seminggu… Tpi bila check double then kabur… Adakah sy positif hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Keletihan
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”), mual
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi / Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala , Sakit belakang, Pening, Bengkak pada kaki (edema)
-Kerap membuang air kencing
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.