
gowrysarimila
5 tahun
Pregnant..UPHA FOLIC
Saya wanita berumar 27 tahun…dah khawin selama 2tahun, sampai sekarang I tak ade baby…Hari Tu ade pergi ke pharmacy untuk beli vitamin,pada masa Sama juga I bagi tau kat pada pembantu pharmacy pasal I da Lama tak de baby…dia suggest I suru makan UPHA FOLIC…so I nak tanya boleh ke I makan supplement Tu, sebelum pregnant boleh makan ke…ataupun selepas pregnant kena makan supplement Tu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan, asid folik perlu diambil dalam masa 3 bulan untuk mencuba mendapatkan kehamilan. Selepas disahkan hamil, anda masih lagi perlu mengambil asid folik dalam masa 3 bulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.