
Sulit
5 tahun
Produk untuk kulit muka sensitif
saya berumur 19 tahun,kulit muka saya mengalami banyak parut jerawat lebih2 lagi kulit saya pula sensitif. Apabila jerawat tumbuh ia pasti akan tinggalkan kesan parut,muka saya pula berminyak tetapi tidak berjerawat teruk dan hanya ada kesan parut. Apakah produk drugstore yang sesuai untuk kulit muka saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat boleh timbul oleh pelbagai faktor yang menyebabkan pengeluaran sebum yang meningkat, proliferasi kuman Propionibacterium Acnes , keratinisasi folikular dan keradangan. Antara faktor pencetus tersebut adalah:
- stres
- gangguan hormon
- kebersihan
Untuk makluman anda, perawatan jerawatan yang asas terdiri daripada membersihkan jerawat yang ada, mempertahankan kulit yang telah bersih, dan mencegah kejadian jerawat ulang. Memandangkan jerawat adalah sejenis masalah kesihatan dan memerlukan perawatan oleh doktor, maka anda digalakkan untuk menemui doktor pakar kulit bagi mengetahui lanjut darjah keparahan jerawat anda.
Bersesuaian dengan darjah keparahan, pengubatan jerawat terdiri atas antibiotik, isotretinoin dan beberapa jenis krim yang sesetengahnya memerlukan priskripsi oleh doktor. Justeru, memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini sebelum menjadi parah seperti parut.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.