
Anonymous
6 tahun
Prolonged menstrual cycle
saya wanita berumur 27 tahun. sudah berkahwin. tiada anak. tidak mengamalkan perancangan keluarga. berat badan berlebihan. hampir 3 minggu datang haid. minggu pertama haid sedikit. minggu kedua heavy flow. masuk minggu ketiga haid jadi sedikit. sy pernah cek upt tapi negative.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Haid dengan kitaran yang panjang boleh dipanggil “menorrhagia”: Pendarahan rahim pada masa yang berpanjangan terutamanya di antara tempoh haid yang dijangkakan. Menorrhagia boleh menjadi tanda gangguan asas, seperti ketidakseimbangan hormon, endometriosis, fibroid rahim ,pengunaan ubat .masalah thyroid , Menorrhagia boleh mendatagkan kesan kesan kepada anda .
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.