
Sulit
4 tahun
Prolonged period (haid lebih sebulan)
Saya baru 22 tahun, kitaran has saya tdk teratur.
I’m bleeding more than a month. Kadang-kadang my periods stop and resume.
This month, I wasn’t bleed for 3 days. I thought my period has ended tapi Hari ni saya bantu ayah angkat gas cylinder and I’ve started to bleed.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid berpanjangan, seperti:
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Masalah kelenjar tiroid dan pituitari
- Penggunaan ubat-ubatan
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Gangguan aktiviti harian
- Lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar
- Pitam
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Hal ini memerlukan perhatian dan pemeriksaan lanjut daripada doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.