
shafiqshahari
5 tahun
Prosedur Chemotherapy untuk orang sekeliling
Ayah saya akan melakukan prosedur chemo untuk kanser prostat. Saya ingin tahu adakah bahaya untuk anak saya yang berumur 1 tahun 6 bulan berada brdekatan ayah saya? Kerana saya akan menjaga beliau di rumah selepas prosedur itu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda rawatan kemoterapi tidak memberikan sebarang impak kepada oranf sekeliling. Cumanya, pesakit yang menjalani kemoterapi merupakan golongan yang rendah imuniti. Oleh itu, sesiapa yang ada sakit berjangkit seperti batuk hendaklah berada jauh daripada pesakit kemoterapi kerana mereka mudah dijangkiti penyakit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.