
norish.myeg
5 tahun
Proses iui seterusnya
doktor saya telah mendapatkan rawatan iui dan hasilnye positif tetapi saya period selama 2 hari dan bila cek upt semula negatif…untuk mendapatkan rawatan iui semula perlu rehat dulu atau boleh terus buat iui utk next cycle?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda perlu mendapatkan pengesahan doktor kerana haid anda mungkin spotting yang normal untuk berlaku pada awal kehamilan.
terdapat beberapa sebab UPT negatif:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sila klik pada link untuk mengetahui bagaimana menggunakan UPT dengan tepat.
Sekiranya anda yakin bahawa UPT tersebut negatif, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut daripada pusat perkhidmatan IUI yang anda hadiri.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.