amink912
5 tahun
Proses untuk membuat ujian saringan Covid 19
Tiada masalah kesihatan setakat ini. Cuma saya ingin bertanya proses atau cara untuk membuat ujian saringan covid 19 bagi memastikan diri sendiri atau ahli keluarga tidak berjangkit dengan Covid 19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sampel dari saluran pernafasan pesakit akan diambil dan genetik virus dalam badan akan diperiksa melalui kaedah Polymerase Chain Reaction. Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ke negara yang berisiko tinggi untuk COVID-19 atau anda kontak rapat dengan seseorang yang positif untuk COVID-19, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































