
Sulit
4 tahun
Prosiosis dan cara merawatnya
badan saya secara tiba2 naik merah2 dan gatal2…adekah itu tanda sy menghidap prosiosis

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kulit gatal boleh disebabkan oleh:
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat lebih-lebih lagi ianya adalah masalah kulit. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.