
Sulit
5 tahun
Ptosis - Mata kuyu sebelah kanan
Saya seorang wanita berusia 32 tahun. Mengalami masalah mata kuyu sebelah (ptosis) sejak kecil dan pernah menjalani pembedahan menaikkan kelopak mata. Selepas hampir 4 tahun menjalani pembedahan tersebut, kelopak mata saya kembali kepada keadaan asal dan mengganggu urusan seharian saya. Adakah sememangnya pembedahan ptosis hanya bersifat sementara? Apakah ada apa-apa kesan sampingan sekiranya saya menjalani pembedahan sekali lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah beberapa pembedahan untuk membetulkan mata kuyu dengan implan atau bahan yang berlainan. Setiap pembedahan mempunyai kesan sampingannya termasuklah kejadian mata kuyu semula. Sesetengah individu yang menjalani pembedahan tidak mempunyai kesan ini dan masalah tidak lagi berlaku pada mereka.
Seperti yang dinyatakan, pembedahan mempunyai risikonya. Doktor anda akan menilaikan status anda dengan pemeriksaan dan selepas itu, beliau akan memberi pandangan sama ada anda sesuai untuk menjalani pembedahan sekali lagi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.