
Sulit
5 tahun
Puasa untuk pesakit Hiv
Saya baru ambil ubat Haart pada bulan Februari. Ada masalah ke jika saya berpuasa memandangkan jadual makan ubat yang disetkan pada jam 11malam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, memandangkan ubat yang anda ambil bukan pada waktu pagi, maka tiada masalah untuk anda meneruskan puasa anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.