
Sulit
3 tahun
Punca dan Rawatan Mujarab dan Segera Bagi Penyakit Scabbies dan Kudis
Saya mempunyai seorang kakak yang dilahirkan istimewa@kurang upaya. Dia dihantar ke Pusat Jagaan OKU di Rawang atas sebab-sebab tersendiri. Saya baru dapat tahu dia menghidapi penyakit scabbies dan kudis.
Boleh saya dapat info apakah punca dan penawar atau rawatan untuk seseorang yang menghidap Scabbies dan kudis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah kakak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, seseorang individu boleh dijangkiti dengan penyakit kudis buta apabila terdedah kepada kutu kudis ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit. Jika terdapat bilangan kutu kudis yang sangat banyak pada permukaan kulit individu yang terjejas seperti luka, maka transmisi kutu kudis antara kulit boleh berlaku dalam jangka masa yang sangat cepat.
Kutu kudis juga boleh merebak melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala, cadar, selimut dan pakaian antara seorang individu yang terjejas dengan yang lain dan kebiasaannya boleh dilihat di asrama. Malah, kutu kudis juga mampu merebak melalui patung-patung permainan kanak-kanak dan sesetengah alatan perabot.
Kumpulan berisiko untuk penyakit kudis buta termasuklah:
- Kanak-kanak (terutamanya berumur kurang 2 tahun)
- Orang tua
- Pesakit yang mempunyai sistem imun yg lemah seperti kencing manis (diabetes mellitus)
- Pesakit yang tidak boleh bergerak/lumpuh
- Pesakit yang tinggal di pusat-pusat jagaan tertentu seperti rumah orang tua
- Di tempat-tempat awam lain seperti asrama, tadika, sekolah dan penjara
Untuk rawatan scabies, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!