
Sulit
3 tahun
Punca zakar tidak mengeras beberapa hari
Saya berumur 39 tahun… beberapa hari lepas, saya bersama isteri melakukan hubungan kelamin. Selepas itu, zakar saya tidak menegang. sudah 3 hari ia terjadi…Boleh tahu punca dan kaedah rawatan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai zakar anda tidak mencapai ereksi penuh. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Masalah mati pucuk atau sukar tidak mencapai ereksi penuh boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan sesetengah faktor boleh diubah dan boleh dirawat dengan bantuan doktor.
Antara punca lazim yang menyebabkan seseorang mengalami masalah zakar yang lemah adalah:
- Obesiti
- Kencing manis
- Penyakit darah tinggi
- Psikologikal: Tekanan atau stres, kemurungan ( depression ), keresahan ( anxiety )
Anda tidak perlu risau kerana masalah ini boleh dirawat dan ditangani sekiranya anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.