
daku_inala4278
4 tahun
Punggung baby merah melecet
Ank sy 2bln jadi punggung dia merah melecet,jadi apa sy perlu buat.dan ubat apa yg sesuai

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang bayi anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara perkara yang boleh menyebabkan gejala yang bayi anda hadapi adalah:
- Kurap “Ringworm”
- Ekzema
- Alahan kepada produk pencuci
- Jangkitan kulat
- Gigitan serangga
- Kulit kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan ubat yang sesuai untuk rawatan punggung bayi merah, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.