Anonymous
5 tahun
Punggung keluar darah
Saya wanita yang berumur 21 thn , semalam ketika saya membuang air kecil saya mendapati punggung keluar darah yang bnyk sehingga 2 jam lebih , dan waktu itu saya tidak mengalami gejala sakit perut atau kurang selesa , saya seperti normal saja , apekah penyakit saya doktor ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan tersebut.Antaranya ialah:
Buasir: Buasir juga dikenali dengan nama ‘haemorrhoids’. Buasir berlaku apabila terdapat luka pada lubang dubur.
Sembelit/'constipation" : Sembelit berterusan boleh mengakibatkan masalah lain yang seperti ‘anal fissure’. Ini merupakan masalah yang agak kronik dan pesakit harus segera mendapatkan rawatan
’Inflammatory bowel disease’ : Selain itu, masalah radang usus boleh menyebabkan masalah berak berdarah. Ini juga akan mengakibatkan cirit-birit yang bercampur darah
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

























