
Sulit
2 tahun
Punggung sakit . Rasa Panas dan tidak selesa
Saya lelaki berusia 38 tahun . 2-3 hari ini ketika saya membuang air besar, rasa pedih di lubang dubur saya. Kemudian panas. Saya cuba utk tidak makan makanan pedas 2-3 hari. Tetapi masih sama ketika membuang air besar, rasa pedih. Selepas membasuh…buat keje harian, rasa pedih tu ada…panas…lebih lebih lagi ketika berdiri
Then, saya membuat self check sendiri, saya rasa mcm ada jerawat betul betul ditepi lubang dubur saya.
Bagaimana ye doktor. Boleh ke saya beli apa apa krim sapu di farmasi dan jika boleh, apa nama krim nya .
Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Buasir
- Luka pada lubang dubur
- Jangkitan pada kulit sekitar dubur - boleh menyebabkan kesakitan dan nanah
- Rektum prolaps - kejatuhan struktur dalaman anus
- Penyakit radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.