
Sulit
4 tahun
Pusat sakit dan bernanah
Saya firda berumur 26 tahun…saya mengalami sakit dibahagian pusat…saya menyuruh suami saya untuk melihat…dan saya dapati terdapat nanah didalam pusat…semasa suami ingin membersih kan nanah tersebut…tiba2 nanah keluar dengan banyak sehingga menutupi seluruh pusat saya…apakah masalah saya ni serius doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tersebut boleh disebabkan okeh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- umbilical granuloma
- sinus pada pusat
Memandangkan telah keluar nanah, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi rawatan yang bersesuaian.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.