Sulit
3 tahun
Puting keluar cairan putih bila dipicit
Sy wanita berusia 30tahun… sy baru berkahwin hampir 2 tahun dan kami belum dikurniakn ank… pd bulan feb lepas period sy delay selama 10 hari(biasanya period sy normal)…ujian utp negatif…waktu itu payudara sy bengkak dn sakut, sy cuba picit keluar cairan putih seperti susu setitik…hari ke 11 sy period yg sgt byk… pada bulan mac sy period lg seperti biasa… hr ini sy cuba picit puting sy, ia mengeluarkan cairan putih seperti susu… skarang sy mula takut…adakah itu susu atau nanah tumor??
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cairan payudara atau susu yang keluar diluar waktu kehamilan boleh jadi normal kerana usia anda berada dalam usia subur. Akan tetapi, terdapat juga keadaan atau penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama, seperti:
efek ubatan
penyakit-penyakit lain seperti tumor
terlebih rangsangan seperti rangsangan seksual
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































