
noorasmawati1122
5 tahun
Puting Payudara sakit
Sy berusia 38thn dn msih menyusukan ank berusia 2 thn…baru2 ni sy mengalami sakit payudara dn puting hmpir 3 bln…doc ckp sy mengalami perubahan hormon sb sblm ni sy amik pil perancang noriday dn tukar mavelon 3bln yg lalu…sy smpt mkn mavelon 1bln setengah sb lps mkn pil tu payudara sy trus sakit…skrg payudara dh x sakit cuma puting bhgian tepi sakit…bile tekan terasa sakit…skrg pula bhgian bahu terasa lenguh2 pula…petanda apakah itu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit puting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perubahan fibrotik payudara yang terkait dengan haid
- Jangkitan kuman
- Papilloma yaitu sejenis ketumbuhan yang tidak ganas
- Ektasia yaitu biasanya akibat keradangan dalaman
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.