Sulit
2 tahun
Puting payudara tidak timbul sejak kecil
Hai doktor saya berumur 18 tahun puting payudara saya disebelah kiri tidak timbul sejak saya kecil yg disebabkn oleh bisul…adakah itu perkara normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- bentuk payudara yang normal
- ketumbuhan tidak berbahaya (fibroadenoma)
- ketumbuhan berbahaya
Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami:
- sebarang ketulan atau bengkak
- sebarang discaj atau cairan dari payudara
- sebarang hilang berat badan atau selera makan
- sebarang kesakitan di payudara dan tempat lain pada badan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk nasihat dan penerangan lanjut. Terima kasih