
Sulit
4 tahun
Pyakit kuman dalam darah
Nama saya eiyda. Umur 26…saya nak tanya doktor.saya ada kawn seseorg… kawan saya nie ada pyakit kuman dalam darah…ubat apa yg bole hilg kan pyakit dalam dalam…bole x doktor tolg jelas kan…saya hari2 batuk smpai luka dalam…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah jangkitan kuman dalam darah boleh bermula dari mana-mana punca jangkitan kuman seperti dalam perut, hati mahupun saluran kencing. Jangkitan kuman adalah perkara yang sukar diramal mengenai siapa yang akan mengenainya. Antara faktor risiko jangkitan kuman adalah kebersihan, imun lemah serta penyakit kronik. Untuk mengatasi masalah jangkitan kuman dalam darah ini, antibiotik adalah penting bagi membasmi kuman dan mengelakkan kuman daripada merosakkan organ. Perkara ini memerlukan preskripsi dan pemeriksaan yang teliti daripada doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.