
Sulit
4 tahun
Quarantine covid selepas 10 hari
hi doctor, saya disahkan positive covid dah telah dibawa ke maeps utk di quarantine selama 10 hari… tapi masih ada sisa2 batuk. soalan saya,
- boleh kah saya masuk kerja dalam keadaan masih ada sikit batuk2? akan berlaku jangkitan kepada orang lain ke?
- quarantine 10 hari tu betul2 cukup kah? kerana saya risau akan jangkiti orang lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, tujuan kuarantin adalah untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19. Sekiranya anda telah disahkan positif COVID-19, anda perlu menjalani ujian saringan sekali lagi setelah tamat tempoh kuarantin bagi memastikan anda telah pulih daripada jangkitan atau hasil ujian negatif ataupun tidak. Tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah selama 10 hari. Anda boleh meneruskan pekerjaan di tempat kerja setelah anda disahkan negatif COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini