
Sulit
4 tahun
Quarantine Di Rumah 14 hari Kerana Contact Rapat Pesakit Covid19
Saya lelaki 20an disuruh quarantine di rumah sementara menunggu result swab test oleh KKM. Boleh saya makan atau menonton tv seperti biasa bersama ahli keluarga saya? Bolehkah saya berkongsi bilik air bersama ahli keluarga saya? Bolehkah abang atau kakak saya pergi kerja seperti biasa atau melawat sedara mara di rumah mereka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berikutan wabak COVID-19 yang melanda dunia, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, antara individu yang perlu dikuarantin adalah individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit covid-19 (positif ujian covid). Maka untuk situasi anda, anda perlu mengasingkan diri daripada ahli keluarga sehingga keputusan swab test anda keluar.
Langkah self quarantine yang betul mestilah seperti berikut:
- Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
- Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
- Tinggal di bilik berasingan dan menggunakan tandas yang berasingan (INI PENTING)
- Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
- Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
- Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
- Sekiranya bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
- Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
- Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
- Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
- Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
Keputusan saringan kebiasaannya mengambil masa 48 jam. Seharusnya maklumat ini diberitahu sewaktu anda mengambil ujian saringan. Doktor yang bertugas akan memberitahu maklumat penting tentang keputusan dan cara kuarantin diri.
Dalam waktu yang sama, ahli keluarga anda dinasihatkan untuk terus memantau kesihatan diri mereka. Mereka juga perlu menunggu sehingga keputusan anda keluar sebelum meneruskan niat untuk melawat saudara mara.Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, ahli keluarga anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini