
Sulit
4 tahun
Rabun malam, sensitif terhadap cahaya
Saya berusia 24an, saya mengalami masalah penglihatan. saya tak nampak pada waktu gelap, malam atau malap dan sensetif pada cahaya. Kenapa saya mengalami masalah tersebut. Bagaimana mengatasi situasi tersebut? Tips pemakanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah silau (astigmatism)
- Katarak
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.