
Sulit
4 tahun
Rabun mata pada umur 16 tahun
selamat malam doc. Im a girl 16 years old I wanna ask abt my eyes power. Now is 700 kanan n the left is 600+ . Im scared to do lasik surgery due to the risk of the surgery so ada cara lain x for me to reduce my rabun or any products which is very useful to reduce my power ni until 200 or 400 macam tu?ada kesan yg berbahaya x? I need ur xplaination for these. If teruk sgt i would go to pakar :)!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah rabun yang anda hadapi. Untuk makluman anda, padaa masa ini tiada langkah-langkah efektif yang dapat membendung perkembangan kondisi rabun jauh ini. Walaubagaimanapun, ia boleh diperlahankan dengan rawatan yang melibatkan titisan mata ubat yang dipanggil atropin, atau kanta lekap khas.
Kajian terkini menunjukkan bahawa ubat mata atropin boleh memperlahankan perkembangan miopia atau rabun jauh, tetapi terdapat kesan sampingan pada kekuatan tinggi - seperti kesukaran membaca dan kepekaan terhadap cahaya terang - dan penurunan kekuatan rendah tidak tersedia secara komersial di UK.
Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mengetahui cara - cara lain yang boleh digunakan untuk mengelak perkembangan rabun jauh anda. Jika anda ada sebarang soalan lain mengenai rabun jauh atau miopia anda boleh bercakap dengan doktor optik berhampiran anda. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.
Sekiranya anda mempunyai gejala lain pada mata seperti mata merah, berair, pedih/sakit serta sakit kepala maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.