
Sulit
5 tahun
Radang pada tekak Dan affected pada lida
Hello doctor. Sy berumur 30 tahun.sy ada alamai merah2 pada tekak…kemuddian hari keesokan ada naik putih2 pada lidah sy…blh sy thu penyebab nya…dan adakah ia berjangkit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, masalah tekak anda boleh disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria atau virus
Tonsilitis
Pharyngitis
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Manakala masalah tompok putih pada lidah anda boleh disebabkan oleh:
Jangkitan kandidiasis
Leukoplakia
Lichen planus dalam mulut
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.