
Sulit
5 tahun
Rahang kiri sakit dan bengkak
Saya wanita berumur 23 tahun. Baru baru ini saya memgalami sakit pada rahang di sebelah kiri saya menyebabkan ia sukar untuk makan/mengunyah, menguap atau membuka mulut lebih besar. Saya dapat rasa seperti rahang saya bengkak. Saya tidak mempunyai sakit di bahagian gigi atau gusi di sebelah kiri atau kanan. Boleh saya tahu apa kebiasaan punca terjadinya perkara tersebut. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh kecederaan pada struktur sekitar rahang sperti otot, saraf dan tulang. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.