
Sulit
5 tahun
Rahim terasa kejang tidak selesa sebelum haid dan selepas bersama suami
Saya wanita usia 22 tahun,saya pernah merasai sakit di bahagian rahim sekitar tahun 2017 tetapi dlm tahun itu seingat saya hanya sekali sahaja kemudian pada tahun 2019 ini saya sering merasa sakit seperti kejang di rahim terasa seperti rahim macam nak tercabut dan anggota badan saya sejuk…ianya datang bila hampir dengan waktu haid saya semggu sebelum haid atau sehari sebelum haid.tetapi kitaran haid saya normal setiap bulan yang saya risau bila sakit ini datang saya tak mampu nak bergerak dan bercakap…kemudian saya baru berkahwin kadang kala selepas bersama suami saya rasa tidak selesa di bahagian rahim seperti nak sakit macam saya jelaskan di atas. Saya mohon dokter boleh jelaskan sebelum saya mendapatkan rawatan.thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Endometriosis
- Fibroid
- Radang Pelvis (Jangkitan bakteria)
- Terdapat ketumbuhan polip
- Struktur organ yang terdapat disekitar rahim seperti otot, radang usus, batu karang di saluran kencing.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.