Sulit
4 tahun
Rambut anak 18bulan gugur
Anak saya bru berusia 18bulan… Rambut dia selalu gugur.anak lelaki… Ssya dah berjumpa doktor… Doktor bgtuu kepala anak ada fungus… Doktor bg krim utk spu… Kata doktor tinea capitis…blh sy tahu sampi bila rambut itu trus gugur? Shri dlm kuantiti 50helai… Temssuk anak rambut yg sgt halus tu…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala keguguran rambut ini akan sembuh selepas jangkitan kulat ini habis dihapuskan. Anda disarankan untuk mengikuti nasihat doktor anda dalam pengambilan ubat untuk anak anda supaya proses penyembuhan daripada penyakit ini tidak dijejaskan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.