
Sulit
4 tahun
Rambut beruban dan gugur
Hai saya baru berumur 22 tapi rambut saya terlalu bnyak uban dan gugur. Beberapa kali saya dh henna rambut tp uban tetap tak hilang. Apa cara saya boleh buat untuk hilangkan uban tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah rambut yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah uban boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Stress
- Genetik
- Merokok
Bagi masalah keguguran rambut pula, ianya boleh berpunca daripada:
- tekanan fizikal
- kekurangan protein
- keturunan
- PCOS -polycystic ovary syndrome
- tekanan emosi
- anemia
- overstyling rambut
Untuk mengetahui punca masalah rambut yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan anjuran rawatan dapat diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.