
Anonymous
4 tahun
Rambut gugur yang kronik
saya wanita berusia 25 tahun. saya baru sebulan berkahwin, dan saya mula perasan selepas berkahwin saya mengalami masalah rambut gugur yg terlalu teruk. setiap hari apabila bangun tidur lantai bilik dan katil dipenuhi dgn rambut gugur saya. sy telah menukar shampoo saya 3 kali, dan telah memotong rambut sy untuk mengurangkan masalah keguguran rambut. namun setiap hari semakin teruk. apakah punca keguguran rambut dan apakah yg perlu saya lakukan untk mengubatinya?

6 tahun
Saya akan cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan. Keguguran rambut dalam kalangan lelaki/perempuan adalah salah satu perkara biasa yang dialami oleh masyarakat kita . Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada kekebasan di anggota badan kita termasuklah:
- genetik
- infeksi kulat
- Iron deficiency anaemia
- Syphilis
dan sebagainya.
Keguguran rambut juga boleh diklasifisikan seperti berikut:
- alopecia areata
- drug-induced alopecia
- male pattern baldness
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih