marlynhomeboutique
5 tahun
Rambut gugur yang teruk dan tulang bahu dan tulang soket semua berbunyi like krep syndrome
Saya berumur 40 tahun dan cuba simpan rambut Selatan 4 tahun sudah tapi tak panjang 2 takut sikat rambut sebab bila sikat rambut akan gugur dengan banyak begitu jugak mandi setiap hari
2.semua soket tulang disebelah anggota badan belah kanan berbunyi dan semenjak 1 bulan nie makin sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah rambut gugur boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon seperti menopause, pengambilan pil perancang dan kehamilan
- Masalah hormon tiroid
- Masalah autoimmune seperti alopecia areta
- Masalah pada kulit kepala seperti kelemumur atau kulit kepala yang tidak sihat
Mengenai tulang yang berbunyi pula, apabila usia semakin meningkat, sendi-sendi pada tulang tulang akan mula menipis dan tidak lagi sekuat ketika usia muda, maka tulang boleh berbunyi. Kadang kala bunyi pada tulang juga boleh menandakan geseran antara sendi tulang akibat masalah seperti osteoarthritis.
Tentang krep syndrome yang anda nyatakan saya kurang pasti tentang syndrome yang anda maksudkan, sydrome yang paling hampir dengan nama tersebut adalah krabbe disease dan biasanya ia berlaku ketika kanak-kanak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






















