
Sulit
4 tahun
Rambut Jarang dan Masalah Kuku
Salam Doktor, anak perempuan saya mempunyai masalah rambut jarang dan pertumbuhan kuku yang amat perlahan sejak daripada lahir. Rambut dan kuku beliau tidak pernah dipotong disebabkan oleh pertumbuhan rambut dan kuku yang amay perlahan. Saya telah cuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut tetapi belum lagi berhasil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan untuk pihak kami memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh anak anda.
Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan kuku dan rambut berbeza mengikut individu dan ianya bergantung pada faktor seperti usia, kesihatan keseluruhan, dan tahap hormon.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.