
dahiyahdarwisyah5
4 tahun
Rambut makin gugur Dan menjadi makin nipis
Saya baru masuk universiti dan apabila saya bangun setiap pagi rambut saya jadi lebih banyak gugur sebelum ni gugur juga tapi tak pernahlah sampai ada atas katil bantal semua tu. Tapi saya mengaku mungkin saya kerap menukar jenis syampu.apa yang saya perlu lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keguguran rambut boleh disebabkan:
- Kerap menukar shampu
- Tekanan emosi
- Kehamilan
- Lebih vitamin A
- Sindrom Polisistik Ovari
- Kurang zat besi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.