fatihah.amirah99
3 tahun
Rambut selalu gugur, sakit kepala, sakit bahagian belakang dan sakit dada dibahagian tengah
Saya wanita umur 20tahun, masalah saya alami sekarang rambut selalu gugur Lepas tu kerap sakit kepala. Kadang-kadang pening… saya selalu rasa sakit belakang seperti kena cucuk- cucuk dibelakang saya… dan sakit dada pedih didada tengah…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Penyakit autoimun seperti SLE
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu aktiviti dan rutin harian anda. Maka sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.