
Sulit
3 tahun
Rancang kehamilan semula
saya ingin merancang kehamilan…last saya ambil perancang jenis suntikan pada bulan 3…berapa lama kesuburan kita akan kmbali normal.selama 15 bulan ambil suntikan perancang jenis suntikan…boleh bagi penerangan tak doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Mengikut maklumat yang diberikan oleh anda, kami memahami anda telah mengambil suntikan perancang keluarga selama 15 bulan dan telahpun menghentikannya. Anda ingin mengetahui bila kesuburan anda akan kembali kepada normal. Kami akan cuba menerangkan untuk anda.
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid anda dijangka kembali kepada normal dalam 6-18 bulan. Anda boleh mendapat kesuburan selepas 3-4 bulan dari tarikh akhir mengambil suntikan. Namun, jawapan yang kami berikan adalah untuk rujukan sahaja dan akan berbeza mengikut individu. Anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat yang lanjut.
Anda boleh bercakap dengan kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.