Sulit

5 tahun

Rangsangan yang tidak berhenti di kemaluan

saya lelaki berusia 18 tahun. Saya mengalami suatu penyakit misteri yang saya pun tidak pasti apa puncanya. penyakit ialah kemaluan saya tidak berhenti terangsang. ianya tidak tegak tetapi saya merasa suati seksual. dan bahagian bawah perut saya juga sakit seperti senak dan rasah macam penuh. hal ini membuatkan saya tidak selesa dan tidak boleh fokus. Pada waktu malam saya sering tidak dapat tidur kerana penyakit ini. saya sudah pergi beberapa buah klinik untuk membuat pemeriksaan tapi doktor tidak tahu apa puncanya, saya sudah test kencing dan darah di hospital bahagian kecemasan. tapi semua keputusan adalah normal. saya rasa tertekan kerana kemaluan saya tidak berhenti merasakan sensasi yang pelik ini. ianya bukan sakit tabih lebih kepada tidak selesa seperti rangsangan seksual yang tak berhenti. perut saya juga sakit. Apa yang patut saya buat ibu bapa saya pun buntu dengan keadaan saya. saya adalah seorang yang aktif melakukan onani tetapi dengan cara yang pelik. saya akan tindih kemaluan saya pada pemukaan keras seperti bucu meja dan mengeluarkan air mani. hal ini sudah lama saya lakukan sejak umur 11 tahun. tetapi saya sudah berhinti sekitar umur 16 tahun tetapi masih melancap dengan memincit kemaluan saya dengan tangan. saya sedar perubahan pada badan saya ketika berumur 15 tahun, saya pernah merasa sakit di telur saya tetapi ianya hanya dalam tepoh masa yang sekejap. dan saya tidak rasa sakit di telur lagi. tapi dulu saya selalu rasa nak terkencing yang kerap. kadang-kadang saya tahan kencing saya sehingga saya rasa sakit di pundi kencing. tetapi hal-hal ini tidak pernah menganggu saya, tidak pernah mendatangkan sakit yang berpanjangan. tak sehingga suatu malam saya tidur lewat kerana melakukan urusan kemasukan universiti di telefon saya. saya berhenti kerana rasa mahu terkencing, selepas saya kencing saya rasa pelik kerana “rasa nak terkencing itu” tidak hilang. saya tidak tidur malam tu kerana diganggu rasa nak terkencing itu. itulah titik dimana semua sakit saya berlaku. kini sudah hampir 3 bulan saya merana kesakitan. di kemaluan saya rasa rangsangan (tetapi ianya tak tegak) dan di bahagian bawah perut sakit merasa senak dan sakit. Apakah penyakit saya? saya rasa risau kerana ianya tidak sembuh hampir 3 bulan dan doktor-doktor dari klinik-klinik yang saya pergi pun tidak tahu apa penyakit saya. apa saya perlu buat? pergi ke pakar? saya bukan dari keluarga kaya. ibu bapa saya kekurangan duit dan urusan akan menjadi lebih sukar kerana PKP. adakah saya menghidap PGAD ? saya ada lakukan research sendiri dan saya juga ada terbaca yang PGAD juga ada hubungan dengan interstitial cystitis yang mengkin menjadi penyebab saya sakit di bahagian bawah perut (bladder area) saya sangat tertekan dan stress. saya sangat menyesal melakukan onani. hari-hari saya rasa nak nangis dan tertekan. Apa saya saya perlu buat doktor please jawab… saya sangat tertekan sekarang ini pun saya menahan siksa kerana penyakit ini. apa yang doktor rasa tentang sakit saya ini? terima kasih. Doakan saya.

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah PGAD atau “Persistent Genital Arousal Disorder” merujuk kepada masalah dimana pesakit mengalami kerangsangan seksual tanpa stimulasi seksual. Terdapat beberapa faktor kepada permasalahan ini seperti:

  • Masalah pada saraf pudendal
  • Masalah kesihatan mental/ psikiatri
  • Terdapat laporan dimana pesakit mengalami PGAD selepas melakukan pembedahan otak

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)