
Sulit
3 tahun
Rasa ada benda lalu di dada
Hye, saya takde covid. Cuma dalam beberapa hari ni dada saya rasa seperti ada benda lalu di dada. Macam dada bergerak tiba tiba. Saya taktahu apa tu. Mungkin angin. Dia macam datang tiba tiba. Kadang sakit kadang tak. Ada pernah sekali tu cramp dekat perut terus ke dada. Apa sakit yang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit gastrik
- Penyakit ulser peptik
- Penyakit esofagus
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.