
Sulit
4 tahun
Rasa berat pada bahagian dada
dada terasa berat, tangan terasa lemah terutama pergelangan tangan dan jemari tangan kiri, sakit tekak bahagian kiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memamahami kebimbangan anda mengenai. Simptom-simptom yang anda alami sejak kebelakangan ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, gejala dada terasa berat dan kelemahan pada pergelangan tangan dan jari-jemari ini boleh disebabkan oleh masalah pengsarafan am yang boleh berlaku akibat penyakit auto-imun yang menyeran sel-sel pengsarafan kita.
Selain itu, perkara ini juga boleh disebabkan oleh masalah jantung atau penyakit tekanan darah tinggi yang mengganggu aliran darah ke bahagian tangan dan kaki. Namun, masalah sakit jantung ini akan juga dirasakan pada bahagian belakang atau bahu individu tersebut.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami tidak dapat memberi penjelasan yang mengaitkan gejala sakit tekak dengan simptom yang lain tersebut. Kemungkinan ia disebabkan oleh perkara yang lain seperti jangkitan kuman atau virus yang menyerang ruangan tekak anda atau tonsil anda. Ia juga boleh berkait dengan penyakit beguk (jika leher anda menjadi bengkak).
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengetahui punca masalah anda dengan lebih lanjut. Terdapat pelbagai siasatan dan sejarah kesihatan yang perlu diketahui lebih lanjut bagi mendapatkan kefahaman mengenai situasi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi